assalamua'laikum...
dah lama tqah tidak mengupdate fotopage tqah ni...bukan saje takde masa, tapi gambar2 juga tiada yg terbaru...
hari ini fakulti pengurusan hotel dan pelancongan telah mengadakan satu makan malam untuk semester ini...kami pelajar2 semester satu dikehendaki membuat persembahan...tema dinner pada malam ini ialah asian fusion dan kami pelajar2 semester satu bagi kos diploma pengurusan perkhidmatan makanan perlu membuat persembahan bertemakan bollywood...
persembahan yg kami persembahkan ialah gabungan antara lakonan dan tarian...betul2 mcm cerita hindustan...pada akhir lakonan, semua pelajar kelas tqah perlu menari termasuk la tqah.. :P :P kami telah berlatih untuk persembahan pada malam ini selama 2 bulan...
hari ini, umi abah tqah telah datang melawat tqah di dungun...tapi mereka terpaksa pulang lebih awal dari yg dirancang kerana tqah perlu membuat reheasal pada pukul 2...pada sebelah paginya, umi dan abah pergi mencari pakaian tqah untuk mlm ni...itulah kasi ibu ayah, sanggup berhabisan untuk anaknya...umi abah, semoga Allah menyanyangimu sebagaimana kamu menyanyangiku...Aamin... :-)
majlis makan malam ini bermula pada pukul 7.45 malam...tapi kami semua terlambat, hampir pukul 8.30 baru lah kami datang...hasilnya, kami tak dapat cop merit dan cenderahati kerana sudah terlewat untuk daftar... :-S
Alhamdulillah, majlis pada mlm ini berjalan dengan lancar...dan persembahan kami juga berjalan dengan lancar...kami merupakan kumpulan pertama yg membuat persembahan dan diikuti dengan persembahan dari diploma seni kulinari dan kemudian persemabahan dari kumpulan diploma pengurusan hotel... kami semua amat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan setelah berusaha selama 2 bulan... ;-)
oklah, dah cukup laporan yang amat skema dan membosankan tu...tqah betul2 tidak berjiwa kreatif dan berseni untuk mencipta ayat yang best untuk dibaca... LOL let's check out da pixs! :-D